Sunday, December 15, 2013

Berat Badan Ideal Anak


BERAT BADAN IDEAL ANAK DAN KESIHATAN BAYI



            Bayi dilahirkan dengan ukuran dan ciri-ciri yang berbeza. Rata-rata bayi yang baru dilahirkan sekitar 2.5 – 4.5kg. Ukuran dan berat badan bayi ini dapat ditentukan berdasarkan keturunan, kesihatan ibunya dan nutrisi yang diambil oleh ibunya ketika hamil. Perkara yang perlu diketahui ialah berat badan bayi yang baru dilahirkan bukanlah satu hal yang penting dalam pertumbuhannya. Perkara yang paling penting ialah berat badan anak selepas dilahirkan.


            Biasanya, perkembangan bayi akan dicatat secara grafik oleh Doktor Pakar Kanak-kanak. Grafik inilah yang dapat dijadikan acuan sama ada bayi tersebut mengalami pertumbuhan yang normal atau tidak. Menjelang bulan keempat biasanya, bayi akan mencapai berat badan dua kali ganda berbanding berat dia baru dilahirkan. Ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengetahui perkembangan normal bayi anda. Antara cara yang tersebut ialah berdasarkan berat badan, tinggi bayi dan lingkaran kepala bayi itu.


            Berat badan ideal anak akan turun pada minggu pertama adalah sesuatu yang normal. Semasa dalam kandungan ibunya, tubuh bayi mengandungi banyak air. Namun, air ini kan dikeluarkan semasa kelahiran berlaku. Beberapa hari selepas dilahirkan, berat badan seorang bayi akan turun 5-10% daripada berat badan bayi ketika dilahirkan. Hal ini merupakan perkara normal yang terjadi kerana bayi kehilangan cecair ketika dilahirkan. Oleh kerana initulah, berat badan bayi tidak dapat segera kembali seperti saat dilahirkan atau naik dengan cepat. Namun, si ibu tidak perlu risau dan khuatir kerana biasanya dalam masa 14 hari, berat badan ideal anak ini akan meningkat seiring dengan kemahirannya ketika menyusu dan mendapatkan nutrisi.


            Ketika si ibu membawa bayi mereka untuk pemeriksaan atau imunisasi, doktor akan menimbang berat badan bayi dan mencatatnya di buku kesihatan untuk pemantauan selanjutnya. Berat badan bayi umumnya akan naik 170-220 gram setiap seminggu atau 450-900 gram setiap bulan selama beberapa bulan pertama. Pada usia bayi beberapa hari, berat badan bayi umumnya akan turun 5-10% dan akan naik kembali dalam masa 2-3 minggu kemudiannya. Pada usia 4-6 bulan, berat badan bayi akan meningkat dua kali ganda daripada berat badan bayi semasa dia dilahirkan dan akan menjadi tiga kali ganda ketika usianya mencapai 12 bulan. Seiring dengan peningkatan berat badan bayi, panjang badan bayi juga akan bertambah 1.5 kali panjang sewaktu dilahirkan dan lingkaran kepalanya bertambah 7.6 cm ketika mencapai usia 12 bulan.


            Kenaikan berat badan ideal anak dari minggu ke minggu umumnya bervariasi dan pelbagai. Sebagai contoh, apabila minggu ini berat badannya naik tidak terlalu banyak, mungkin berat badan si kecik akan naik lebih banyak pada minggu berikutnya. Pemantauan berat badan bayi biasanya dilakukan sekali dalam tempoh 3-4 minggu. Terdapat beberapa kaedah untuk mendapatkan berat badan bayi yang ideal. Yang pertama, bayi perlu disusukan sekerap mungkin sekurang-kurangnya 2 jam sekali dengan posisi yang benar. Pastikan bayi anda selesa menyusu pada sebelah payudara sebelum berpindah ke payudara sebelahnya. Yang kedua, lakukan pergerakan fizikal sekerap mungkin terhadap bayi anda. Kemudian, tidurlah dengan bayi anda kerana semakin dekat si ibu dengan si bayi dapat meningkatkan kadar hormon prolakstin dan hormon oksitosin dalam tubuh anda serta menambah kekerapan menyusu bayi anda.


            Kenaikan berat badan yang lebih cepat pada bayi yang meminum susu formula bukanlah sesuatu standard yang elok digunakan. Memberikan susu badan merupakan cara yang paling normal, semulajadi dan tepat bagi bayi anda. Memberikan susu formula tambahan kepada bayi yang mengalami masalah kesihatan tidak akan dapat menyembuhkannya, tetapi dapat membuatkan bayi tersebut kehilangan manfaat-manfaat daripada menyusu.


            Secara umumnya, pada tiga bulan pertama kelahiran seseorang bayi itu, doktor akan selalu memantau perkembangan dan pertumbuhan bayi anda. Rata-rata berat badan bayi naik 800-1000 gram dalam masa sebulan. Apabila menginjak usia tiga bulan, berat bayi perempuan akan meningkat kepada 4-7kg manakala berat badan bayi lelaki pula meningkat kepada 4.5-7.5kg. Pada usia tiga bulan, lingkaran kepala bagi bayi perempuan adalah 38-43cm manakala lingkaran kepala bagi bayi lelaki ialah 38-44cm. Dalam usia tiga bulan, tinggi bayi juga akan meningkat. Tinggi bayi peremouan adalah sekitar 55-65cm manakala bagi bayi lelaki pula ialah 63-73cm. Perkara yang paling penting ialah setiap ibu harus memastikan bayinya mendapat nutrisi yang mencukupi.


            Ada beberapa pendapat yang dapat menunjukkan bahawa bayi anda berada dalam keadaan dan pertumbuhan yang sihat. Yang pertama, bayi akan berasa tenang dengan sentuhan dan suara ibunya. Bayi akan mengalami perkembangan emosional. Bayi yang baru lahir sudah pasti akan sering menangis dan mengajak bayi anda berbual bukanlah satu cara yang berkesan untuk memberhentikan tangisannya. Namun, suara si ibu adalah sangat dekat di telinga bayi semenjak dia masih berada dalam kandungan sehingga si bayi boleh memberikan respon sekiranya terdengar suara ibunya.

 
            Yang kedua, si ibu kerap menggantikan lampin sehingga 8-10 kali sehari dan berat badan bayi bertambah. Pemberian makanan yang mencukupi dan bayi membesar dalam keadaan sihat walaupun keperluan bayi terhadap makanan berubah-ubah. Tanda bayi anda menerima nutrisi yang mencukupi ialah apabila lampin bayi anda basah. bayi yang baru dilahirkan perlu diganti lampinnya kira-kira 10 kali setiap hari. Bayi yang sihat perlu sentiasa diperiksa oleh doktor untuk memastikan bayi anda tumbuh dan berkembang dengan sihat.


            Yang ketiga, bayi akan tenang dan boleh memberikan perhatian kepada si ibu walaupun hanya beberapa kali dalam sehari. Hal ini kerana, bayi sedang mengamati dunia sekitarnya dan mula belajar. Selain dua aktiviti itu, aktiviti utama seorang bayi ialah menangis. Apabila bayi anda sudah bolah memusatkan pandangannya terhadap sesuatu, itu bermakna bayi anda sedang belajar. Manakala apabila bayi terdiam, dia sebenarnya sedang mengamati hal sekitarnya dan sedang memproses pelbagai informasi baru. Bayi lebih banyak berjaga ketika usianya sekitar sebulan.


            Seterusnya, bayi mula mengenali suara baru dan diam untuk mendengar suara tersebut. Hal ini kerana, pendengaran berkembang dan otaknya mula mengenali beberapa suara. Pendengarannya sudah mulai matang sejak bayi itu baru dilahirkan. Apabila anda dapat melihat bayi memberi respon terhadap bunyi sehingga si bayi mencari sumber bunyi tersebut, itu bermaksud telinga dan pendengaran bayi anda adalah sihat.


Berikut merupakan berat ideal untuk bayi yang baru dilahirkan sehingga usia setahun :

·         Lahir (berat badan ideal: 3.4kg, tinggi ideal 50.5cm)

·         0-1 bulan (berat badan ideal: 4.3kg, tinggi ideal 55cm)

·         2 bulan (berat badan ideal: 5kg, tinggi ideal 58cm)

·         3 bulan (berat badan ideal: 5.7kg, tinggi ideal 60cm)

·         4 bulan (berat badan ideal: 6.3kg, tinggi ideal 62.5cm)

·         5 bulan (berat badan ideal: 6.9kg, tinggi ideal 64.5cm)

·         6 bulan (berat badan ideal: 7.4kg, tinggi ideal 66cm)

·         7 bulan (berat badan ideal: 8kg, tinggi ideal 67.5cm)

·         8 bulan (berat badan ideal: 8.4kg, tinggi ideal 69cm)

·         9 bulan (berat badan ideal: 8.9kg, tinggi ideal 70.5cm)

·         10 bulan (berat badan ideal: 9.3kg, tinggi ideal 72cm)

·         11 bulan (berat badan ideal: 9.6kg, tinggi ideal 73.5cm)

·         12 bulan (berat badan ideal: 9.9kg, tinggi ideal 74.5cm)


Berikut merupakan berat ideal untuk kanak-kanak berusia 1-2 tahun :

·         15 bulan (berat badan ideal: 10.6kg, tinggi ideal 62.5cm)

·         18 bulan (berat badan ideal: 11.3kg, tinggi ideal 65cm)

·         21 bulan (berat badan ideal: 11.9kg, tinggi ideal 67.5cm)

·         24 bulan (berat badan ideal: 12.4kg, tinggi ideal 69.5cm)


Perkara yang perlu dilakukan oleh si ibu untuk mendapatkan berat badan anak yang ideal :

·         Memberikan makanan yang seimbang dan teratur kepada bayi anda

·         Rutin pemeriksaan dan penimbangan yang teratur

·         Memberikan makanan dan susu dengan sukatan yang tepat dan seimbang

·         Membiarkan bayi anda bergerak dengan lincah

·         Memberikan bayi anda istirehat yang mencukupi

No comments:

Post a Comment