BERAT BADAN IDEAL ANAK DAN
KESIHATAN BAYI
Bayi dilahirkan dengan ukuran dan
ciri-ciri yang berbeza. Rata-rata bayi yang baru dilahirkan sekitar 2.5 – 4.5kg.
Ukuran dan berat badan bayi ini dapat ditentukan berdasarkan keturunan,
kesihatan ibunya dan nutrisi yang diambil oleh ibunya ketika hamil. Perkara
yang perlu diketahui ialah berat badan bayi yang baru dilahirkan bukanlah satu
hal yang penting dalam pertumbuhannya. Perkara yang paling penting ialah berat
badan anak selepas dilahirkan.
Biasanya, perkembangan bayi akan
dicatat secara grafik oleh Doktor Pakar Kanak-kanak. Grafik inilah yang dapat
dijadikan acuan sama ada bayi tersebut mengalami pertumbuhan yang normal atau
tidak. Menjelang bulan keempat biasanya, bayi akan mencapai berat badan dua
kali ganda berbanding berat dia baru dilahirkan. Ada beberapa cara yang boleh
dilakukan untuk mengetahui perkembangan normal bayi anda. Antara cara yang
tersebut ialah berdasarkan berat badan, tinggi bayi dan lingkaran kepala bayi
itu.
Berat badan ideal anak akan turun pada
minggu pertama adalah sesuatu yang normal. Semasa dalam kandungan ibunya, tubuh
bayi mengandungi banyak air. Namun, air ini kan dikeluarkan semasa kelahiran
berlaku. Beberapa hari selepas dilahirkan, berat badan seorang bayi akan turun
5-10% daripada berat badan bayi ketika dilahirkan. Hal ini merupakan perkara
normal yang terjadi kerana bayi kehilangan cecair ketika dilahirkan. Oleh
kerana initulah, berat badan bayi tidak dapat segera kembali seperti saat
dilahirkan atau naik dengan cepat. Namun, si ibu tidak perlu risau dan khuatir
kerana biasanya dalam masa 14 hari, berat badan ideal anak ini akan meningkat seiring
dengan kemahirannya ketika menyusu dan mendapatkan nutrisi.
Ketika si ibu membawa bayi mereka
untuk pemeriksaan atau imunisasi, doktor akan menimbang berat badan bayi dan
mencatatnya di buku kesihatan untuk pemantauan selanjutnya. Berat badan bayi
umumnya akan naik 170-220 gram setiap seminggu atau 450-900 gram setiap bulan
selama beberapa bulan pertama. Pada usia bayi beberapa hari, berat badan bayi
umumnya akan turun 5-10% dan akan naik kembali dalam masa 2-3 minggu
kemudiannya. Pada usia 4-6 bulan, berat badan bayi akan meningkat dua kali
ganda daripada berat badan bayi semasa dia dilahirkan dan akan menjadi tiga
kali ganda ketika usianya mencapai 12 bulan. Seiring dengan peningkatan berat
badan bayi, panjang badan bayi juga akan bertambah 1.5 kali panjang sewaktu
dilahirkan dan lingkaran kepalanya bertambah 7.6 cm ketika mencapai usia 12 bulan.
Kenaikan berat badan ideal anak dari
minggu ke minggu umumnya bervariasi dan pelbagai. Sebagai contoh, apabila
minggu ini berat badannya naik tidak terlalu banyak, mungkin berat badan si
kecik akan naik lebih banyak pada minggu berikutnya. Pemantauan berat badan
bayi biasanya dilakukan sekali dalam tempoh 3-4 minggu. Terdapat beberapa
kaedah untuk mendapatkan berat badan bayi yang ideal. Yang pertama, bayi perlu
disusukan sekerap mungkin sekurang-kurangnya 2 jam sekali dengan posisi yang
benar. Pastikan bayi anda selesa menyusu pada sebelah payudara sebelum
berpindah ke payudara sebelahnya. Yang kedua, lakukan pergerakan fizikal
sekerap mungkin terhadap bayi anda. Kemudian, tidurlah dengan bayi anda kerana
semakin dekat si ibu dengan si bayi dapat meningkatkan kadar hormon prolakstin
dan hormon oksitosin dalam tubuh anda serta menambah kekerapan menyusu bayi
anda.
Kenaikan berat badan yang lebih
cepat pada bayi yang meminum susu formula bukanlah sesuatu standard yang elok
digunakan. Memberikan susu badan merupakan cara yang paling normal, semulajadi
dan tepat bagi bayi anda. Memberikan susu formula tambahan kepada bayi yang
mengalami masalah kesihatan tidak akan dapat menyembuhkannya, tetapi dapat
membuatkan bayi tersebut kehilangan manfaat-manfaat daripada menyusu.
Secara umumnya, pada tiga bulan
pertama kelahiran seseorang bayi itu, doktor akan selalu memantau perkembangan
dan pertumbuhan bayi anda. Rata-rata berat badan bayi naik 800-1000 gram dalam
masa sebulan. Apabila menginjak usia tiga bulan, berat bayi perempuan akan
meningkat kepada 4-7kg manakala berat badan bayi lelaki pula meningkat kepada
4.5-7.5kg. Pada usia tiga bulan, lingkaran kepala bagi bayi perempuan adalah
38-43cm manakala lingkaran kepala bagi bayi lelaki ialah 38-44cm. Dalam usia tiga
bulan, tinggi bayi juga akan meningkat. Tinggi bayi peremouan adalah sekitar
55-65cm manakala bagi bayi lelaki pula ialah 63-73cm. Perkara yang paling
penting ialah setiap ibu harus memastikan bayinya mendapat nutrisi yang
mencukupi.
Ada beberapa pendapat yang dapat
menunjukkan bahawa bayi anda berada dalam keadaan dan pertumbuhan yang sihat.
Yang pertama, bayi akan berasa tenang dengan sentuhan dan suara ibunya. Bayi
akan mengalami perkembangan emosional. Bayi yang baru lahir sudah pasti akan
sering menangis dan mengajak bayi anda berbual bukanlah satu cara yang berkesan
untuk memberhentikan tangisannya. Namun, suara si ibu adalah sangat dekat di
telinga bayi semenjak dia masih berada dalam kandungan sehingga si bayi boleh
memberikan respon sekiranya terdengar suara ibunya.
Yang kedua, si ibu kerap
menggantikan lampin sehingga 8-10 kali sehari dan berat badan bayi bertambah.
Pemberian makanan yang mencukupi dan bayi membesar dalam keadaan sihat walaupun
keperluan bayi terhadap makanan berubah-ubah. Tanda bayi anda menerima nutrisi
yang mencukupi ialah apabila lampin bayi anda basah. bayi yang baru dilahirkan
perlu diganti lampinnya kira-kira 10 kali setiap hari. Bayi yang sihat perlu
sentiasa diperiksa oleh doktor untuk memastikan bayi anda tumbuh dan berkembang
dengan sihat.
Yang ketiga, bayi akan tenang dan
boleh memberikan perhatian kepada si ibu walaupun hanya beberapa kali dalam
sehari. Hal ini kerana, bayi sedang mengamati dunia sekitarnya dan mula
belajar. Selain dua aktiviti itu, aktiviti utama seorang bayi ialah menangis.
Apabila bayi anda sudah bolah memusatkan pandangannya terhadap sesuatu, itu
bermakna bayi anda sedang belajar. Manakala apabila bayi terdiam, dia
sebenarnya sedang mengamati hal sekitarnya dan sedang memproses pelbagai informasi
baru. Bayi lebih banyak berjaga ketika usianya sekitar sebulan.
Seterusnya, bayi mula mengenali
suara baru dan diam untuk mendengar suara tersebut. Hal ini kerana, pendengaran
berkembang dan otaknya mula mengenali beberapa suara. Pendengarannya sudah
mulai matang sejak bayi itu baru dilahirkan. Apabila anda dapat melihat bayi
memberi respon terhadap bunyi sehingga si bayi mencari sumber bunyi tersebut,
itu bermaksud telinga dan pendengaran bayi anda adalah sihat.
Berikut
merupakan berat ideal untuk bayi yang baru dilahirkan sehingga usia setahun :
·
Lahir (berat badan ideal: 3.4kg, tinggi
ideal 50.5cm)
·
0-1 bulan (berat badan ideal: 4.3kg,
tinggi ideal 55cm)
·
2 bulan (berat badan ideal: 5kg, tinggi
ideal 58cm)
·
3 bulan (berat badan ideal: 5.7kg, tinggi
ideal 60cm)
·
4 bulan (berat badan ideal: 6.3kg,
tinggi ideal 62.5cm)
·
5 bulan (berat badan ideal: 6.9kg,
tinggi ideal 64.5cm)
·
6 bulan (berat badan ideal: 7.4kg,
tinggi ideal 66cm)
·
7 bulan (berat badan ideal: 8kg, tinggi
ideal 67.5cm)
·
8 bulan (berat badan ideal: 8.4kg,
tinggi ideal 69cm)
·
9 bulan (berat badan ideal: 8.9kg,
tinggi ideal 70.5cm)
·
10 bulan (berat badan ideal: 9.3kg,
tinggi ideal 72cm)
·
11 bulan (berat badan ideal: 9.6kg,
tinggi ideal 73.5cm)
·
12 bulan (berat badan ideal: 9.9kg,
tinggi ideal 74.5cm)
Berikut
merupakan berat ideal untuk kanak-kanak berusia 1-2 tahun :
·
15 bulan (berat badan ideal: 10.6kg,
tinggi ideal 62.5cm)
·
18 bulan (berat badan ideal: 11.3kg,
tinggi ideal 65cm)
·
21 bulan (berat badan ideal: 11.9kg,
tinggi ideal 67.5cm)
·
24 bulan (berat badan ideal: 12.4kg,
tinggi ideal 69.5cm)
Perkara
yang perlu dilakukan oleh si ibu untuk mendapatkan berat badan anak yang ideal
:
·
Memberikan makanan yang seimbang dan
teratur kepada bayi anda
·
Rutin pemeriksaan dan penimbangan yang
teratur
·
Memberikan makanan dan susu dengan
sukatan yang tepat dan seimbang
·
Membiarkan bayi anda bergerak dengan
lincah
·
Memberikan bayi anda istirehat yang
mencukupi